Sufimas Forum

Bincang tentang Tasauf, dan Sufi.
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

Share | 
 

 TERMA DAN SYARAT2 BERFORUM :

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MURID
Admin


Posts : 18
Join date : 13/11/2009
Age : 32

PostSubject: TERMA DAN SYARAT2 BERFORUM :   Tue Nov 17, 2009 6:57 pm

Assalamualaikum semua,
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan juga menyesatkan sesiapa yang di kehendaki, sesuai dengan ilmuNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, pesuruh Allah yang tidak mengenal penat lelah dalam memperjuanglkan ISLAM dan mentarbiah manusia. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah,dengan izinNya terlahirlah forum ini, sesuai dengan peredaran zaman kami mengambil inisiatif untuk menyahut cabaran dalam menyampaikan dan bertukar pandangan, serta bermuzakarah sedikit sebanyak melalui alam maya ini, dunia internet. Di harapkan tertubuhnya forum ini kita sama2 dapat mengambil manfaat dan penjelasan terhadap Tarekat dan syeikh kami, insyaAllah menjadi lebih teratur.
Marilah kita sama2 mengambil manfaat terhadap forum ini, sama ada di kalangan murid Syeikh Abdullah, atau sebaliknya. InsyaAllah.


SYARAT BERFORUM

1). Tidak menggunakan perkataan atau kiasan yang mengandungi unsur lucah.
2). Jangan menimbulkan kekecohan dengan menampilkan kenyataan yang menyakitkan hati.
3). Jangan menggunakan perkataan maki hamun.
4). Berhujah dan memberi pandangan dengan adab-adab berhujah yang baik.
5). Sumber posting mestilah di sertakan sumbernya agar tidak menimbulkan fitnah.

* Sama kita hayati hadis di bawah, moga-moga menjadi peringatan... InsyaAllah.

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.: “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”
- (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W. : “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.”
- (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH SWT dan hari akhir, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
- (HR Bukhari Muslim)

~Wallahualam.
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
 
TERMA DAN SYARAT2 BERFORUM :
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sufimas Forum :: MODERATOR-
Jump to: