Sufimas Forum

Bincang tentang Tasauf, dan Sufi.
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

Share | 
 

 ADAKAH SEORANG WALI TAHU AKAN HALNYA?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MURID
Admin


Posts : 18
Join date : 13/11/2009
Age : 32

PostSubject: ADAKAH SEORANG WALI TAHU AKAN HALNYA?   Wed Feb 16, 2011 3:38 pm


Ada pertelingkahan pendapat berkenaan sama ada kemungkinan atau tidak bagi seorang wali Allah itu mengetahui bahawa ia seorang wali? Seorang sufi berkata “ ini tidak mungkin kerana pengetahuan sedemikian itu akan menyebabkan dia tidak takut lagi terhadap Allah atas perbuatannya, dan dengan itu bererti dia telah menjadi kesentosaan (aman). Maka pencapaian kesentosaan ini,bererti tidak lagi menjadi hamba, kerana hamba Allah itu terletak di antara takut dan harap, firman Allah Taala. :
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَى وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
“[90]
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.”- Al-Anbiyaa.

Orang-orang sufi yang paling terkenal dan agung walaubagaimanapun, berpendapat bahawa ada kemungkinan bagi seseorang wali itu, mengetahui kurniaan dan kemuliaan yang di beri Allah, kerana demikian itu dia akan bertambah-tambah syukurnya.

Ada dua jenis kewalian, pertama, hanya meninggalkan permusuhan terhadap Allah, dan ini memang umum pada semua orang-orang beriman. Ini tidak perlu seseorang mengetahui atau menyedarinya kerana telah umum di ketahui, seperti menurut ayat yang berbunyi “ orang-orang mukmin itu sahabat (wali Allah).”

Kedua, kewalian pilihan, dan ini perlulah bagi seseorang itu mengetahui dan menyedarinya. Apabila seseorang memiliki kewaliaan jenis ini, maka dia terpelihara oleh Allah daripada mengangkat dirinya sendiri, dan tidaklah dia sombong dan takbur lagi. Dia terpisah dari orang lain, dengan pengertian bahawa dia tidak lagi mementingkan hal orang lain, dan dengan itu orang-orang itu tidak menggodanya. Dia terpelihara daripada kesilapan yang ada pada tabiat manusia meskipun sifat-sifat kemanusian itu masih ada padanya. Oleh itu dia tidak mahu keseronokkan jiwanya lagi, yang menyebabkan dia tergoda dalam hal-hal keagamaan, meskipun kehendak tabie seperti bernafas dan tidur masih ada padanya. Inilah watak-watak khusus bagi kurniaan kewalian oleh Allah kepada manusia, dan jika seseorang itu ada watak-watak atau kewalian ini maka musuh syaitan tidak akan dapat menyentuhnya dan menyesatnya, kerana Allah berfirman :
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
“[42]
Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).” –Al-Hijr.

Walaubagaimanapun orang ini tidaklah terpelihara langsung dari melakukan dosa kecil atau besar, tetapi jika dia melakukan dosa itu, dia segera bertaubat..

Wallahualam..
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
d1



Posts : 1
Join date : 04/03/2011

PostSubject: Re: ADAKAH SEORANG WALI TAHU AKAN HALNYA?   Fri Mar 04, 2011 1:21 am

Assalamualaikum,

nak tanya .., mcn mana saudara boleh yakin yg Syeih Abdullah tu wakil tuhan.., ?

saudara percaya ker yg bagi Ilham kpd Syeih Abdullah itu adalah Allah ? atau bukan Allah..,habis tu siapa yg membenarkan Syeih Abdullah tu wakil tuhan ..? yg saya tahu beliau sendiri yg mengaku, saya pun ragu x2 ..,

lain lah beliau ada guru , dan guru beliau membenarkan nya.


tidakkah ini sama dgn arwah Ustaz Ansyaari yg mengaku dia pemuda bani tamin.., saya pun pernah mengikuti forum ahli ar-alqam yg berhujah dgn forummer lain..,dan mcn x2 dalil hadis dan Alquran yg di keluarkan , betul tidak tak tau lah saya .

saya sebenar baru lagi ikut tarikat dari Syeih Ibrahim.., tapi bile saudara I_w .., berbalah dgn Syeih Ibrahim.., saya jadi tawar hati lah nak join mana x2 tarikat , yg mana satu betul ni.., yg sana kata belah sini .., yg sini kata belah sana ...., (Ya Allah bagi lah aku pertunjuk...)

kalau ikut ustaz yg mengajar kat surau kg aku .., bagi dia takpayah lah ikut tarikat ni takut terpesong..,

senang x2 aku join tablig la...he..he...,

maaf la yer panjang pulak...zikir yg saya dapat pun saya dah stop...
Back to top Go down
View user profile
MURID
Admin


Posts : 18
Join date : 13/11/2009
Age : 32

PostSubject: Assalamualaikum... d1.   Sat Mar 05, 2011 11:44 pm

Dulu sebelum ambe masuk kat syeikh Abdullah, saya pernah gak joint aktiviti tabligh. Dan untuk pengetahuan d1, ayah ambe dulu pun asal Arqam, skarang dah keluar. Jadi sedikit sebanyak saya dapat tahu jugaklah hal2 berkaitan dengan Al-Arqam dan tabligh.
Saya tidak mahu menyentuh tentang tabligh dan jemaah Al-Arqam. Kerana saya tahu mungkin saudara ada perspepsi sendiri tentang tabligh dan Al-Arqam\Rufaqa.

Dalam bab Syeikh Abdullah, saya hanya boleh katakan, kayu ukur yang paling penting dalam menentukan kebenaran seseorang ialah SYARIAT. Yakni adakah pengamalan, di dalam sesuatu jemaah yang dipimpinnya itu mengikut ataupun bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Ni no 1. Serba-serbi aktiviti di dalam jemaah hendaklah tidak bercanggah dengan SYARIAT Islam. Banyak kalau nak di sebut, tapi memandangkan saudara sudah pernah memasuki jemaah Islam, diharap saudara faham sendirilah maksudnya.

Yang kedua, orang yang memasuki di dalam rumah, dengan orang yang hanya duduk kat luar, tengok jauh2 rumah itu, pasti penilaiannya terhadap rumah tersebut berbeza. Jadi saya sarankan, kalau saudara ingin mengetahui kebenaran atau kebathilan seseorang itu, elok juga saudara sendiri memasukinya. Eloklah saudara berjumpa sendiri dengan SA dan "masuklah" dalam seminggu dua untuk tujuan penilaian. Kalau bercanggah dengan SYARIAT, lepas tu tak payah mari dah. Kalau muafakat dengan SYARIAT, ikut pandai saudaralah nak lanjut atau pun tidak.

Kadangkala hujah dan dalil tidak membantu kita untuk berasa yakin akan sesuatu, dan kadangkala ianya sangat rumit bagi sesetengah orang tersebut, jadi eloklah saudara minta sendiri dengan Allah lah, Tuhan yang mendatangkan keyakinan, Tuhan yang mendatangkan keraguan di dalam hati manusia. Kalau saudara betul2 berhajat kepada jawapan, yang boleh menghilangkan kerumitan, baik minta dengan Allah biar bagi jawapan, jawapan hak manusia bagi x puas dan x cukup. InsyaAllah ada jawapan Nya nanti . InsyaAllah. Sebelum beroleh jawapan, eloklah kita mengambil sikap tidak menyokong dan tidak pula membangkang terhadap suatu masalah tersebut.

Firman Allah Taala:


إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَى

"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."



لَقَدْ أَنْزَلْنَا آيَاتٍ مُبَيِّنَاتٍ ۚ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."


- Wallahualam.
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
pendamba.redhoALLAH



Posts : 3
Join date : 10/02/2011
Location : bumi ALLAH

PostSubject: assalamualaikum. ^_^   Mon Mar 07, 2011 11:50 am

saudara d1, pertama kali ana lihat wajah ayahanda s.a, hati ana rasa tenang sangat biarpun gambar pertama yang ana tengok wajah s.a agak tegas. he. Alhamdulillah ana percaya dengan ayahanda s.a. semuanya dengan izinNYA, tak berdaya ana walau sebesar zarah. cuma kadang2 ana ngaku ada juga rasa keliru dengan s.a & lain2 ulama2/ustaz2/ustazah2. ujian dariNYA Alhamdulillah..

*anak murid ayahanda sheikh, ada cara betul tak nak buat kita dapat tahu bahwa seseorang guru itu benar @ tak? contohnya g jumpa dia dalam keadaan wuduk (macam anta kata tadi), kemudian solat sunat istkharah kerapkali. ana mukmin baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajar. ^_^

sama2 kita menadah tangan,
"ya ALLAH.., jauhkanlah kami dari kesesatan yang nyata mahupun yang tersembunyi.. ya ALLAH.., tetapkanlah kami dijalanMU ya ROBBI... ya ALLAH.., jauhkanlah sifat was2 dari hati kami.. ya ALLAH.., lindungilah kami dari sifat ujub, riak & takbur.. ALLAHummasollia'lasaidinaMuhammad waa'laalihiwasohbihiwabarikwassalam walhamdulILLAHiROBBIla'lamin..."
Back to top Go down
View user profile http://iluvislam.com
MURID
Admin


Posts : 18
Join date : 13/11/2009
Age : 32

PostSubject: Assalamualaikum... pendamba redhoAllah...   Fri Mar 11, 2011 11:16 pm

Ini adalah pandangan peribadi ambe, dan diambil stakat hak ambe dengar2 Syeikh dan Ustaz lain ngajar dan melalui kitab2. Ini kesimpulannya, dalam nak menentukan sama ada seorang guru itu benar ataupun tidak.

1). Tengok syariatnya.
-Amalan bercanggah tak dengan syariat.
-Ilmu berkenaan fardhu ain. Tahu atau pun tidak setakat yang wajib di ketahui. Contoh; bab suci najis, wudhuk, mandi wajib, solat,.


2). Setiap ilmu hakikat yang di ajarkannya mestilah selari dengan syariat.


3). Setakat berguru dengan beliau, apa perubahan yang didapati pada diri kita.
-Contoh, makin baik ataupun buruk akhlaknya dengan Allah dan manusia.


4). Guru yang benar tidak membebankan muridnya dengan khidmat-khidmat yang di luar kemampuannya.
- Contoh, anak murid A, kena bayar bil2 rumahnya, anak murid B, kena bagi bulan2, untuk belanja rumahnya, secara paksa ataupun dengan ugutan. Kalau tak buat, tidak boleh keampunan Allah dan sebagainya.


5).Tidak membezakan dari segi layanan, antara yang miskin, sederhana, dan yang kaya.


6). Menggugurkan taklif syarak.
- Contoh, sudah sampai makam tertentu, tidak perlu sembahyang. Tidak perlu membayar zakat. Dan tidak perlu berwaspada dengan perempuan bukan mahram, kerana nafsu sudah terkawal.

Cukuplah setakat ini secara ringkas.

-Wallahualam.
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
pendamba.redhoALLAH



Posts : 3
Join date : 10/02/2011
Location : bumi ALLAH

PostSubject: Alhamdulillah..   Wed Mar 23, 2011 4:23 pm

sodaqta ya akhi (murid).
jazakALLAH khoir. Smile
Back to top Go down
View user profile http://iluvislam.com
ABGDIN



Posts : 2
Join date : 08/10/2011

PostSubject: Re: ADAKAH SEORANG WALI TAHU AKAN HALNYA?   Sat Oct 08, 2011 5:33 pm

d1, saya selalu ikut membaca perbahasan IW di tko ..dulunya saya agak tak berapa bersetuju tp masih dlm bersetuju dgn hujah2 IW..tp makin saya baca apa2 tulisannya..saya yakin akan kebenaranya semasa IW berhujah di tko..malah turut memberi kata2 sokongan kp IW...

Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: ADAKAH SEORANG WALI TAHU AKAN HALNYA?   Today at 10:14 pm

Back to top Go down
 
ADAKAH SEORANG WALI TAHU AKAN HALNYA?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sufimas Forum :: SYARIAT DAN HAKIKAT :: TASAUF-
Jump to: