Sufimas Forum

Bincang tentang Tasauf, dan Sufi.
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21
Share | 
 

 Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
MURID
Admin


Posts: 18
Join date: 13/11/2009
Age: 29

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Thu Aug 26, 2010 3:29 pm

Waalaikumussalam dhaif. Maaf lambat reply.

Kata syeikh elok dhaif mari jumpa syeikh sendiri lah. Itu lebih afdhal.

- "Doktor biasanya nak kenal jugak, pesakit hak makan ubat dia, tidak pakai beri je, nak jugak tengok-tengok muka" Ada apa-apa mudah nanti. InsyaAllah.

- Kalau nak mari jumpa syeikh, dhaif bagitahu balik, insyaAllah saya boleh "guide" jalannya.
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
nikazanr



Posts: 1
Join date: 07/01/2011

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Fri Jan 07, 2011 9:23 am

Maaf bertanya.. saya ni jahil..

adakah syarat2 tertentu utk diterima sbg anak murid? Adakah perlu khatam bab2 syariat, hadis etc.?

Mcmana nak ke sana? Nak kena buat appointment dulu ke?

Saya dah baca dari forum Terengganu kita dan hingga ke sini.. saya memang nak tahu lebih lanjut.. tp saya ni jahil.. saya tgk Ideologi Wali punya penerangan sampai agak pening kepala tetapi menarik.. Laughing
Back to top Go down
View user profile
Ideologi Wali



Posts: 10
Join date: 30/06/2010

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Wed Jan 12, 2011 11:02 pm

nikazanr wrote:
Maaf bertanya.. saya ni jahil..

adakah syarat2 tertentu utk diterima sbg anak murid? Adakah perlu khatam bab2 syariat, hadis etc.?

Quote :
Lepas Fardhu Ain dah cukup..

Mcmana nak ke sana? Nak kena buat appointment dulu ke?

Quote :
Datang je kat kg petai bubus.... lagi elok mari hari jumaat, atau hari khamis malam jumaat.

Saya dah baca dari forum Terengganu kita dan hingga ke sini.. saya memang nak tahu lebih lanjut.. tp saya ni jahil.. saya tgk Ideologi Wali punya penerangan sampai agak pening kepala tetapi menarik.. Laughing

Tak mahu pening jumpa Syeikh sendiri.. aku ni salik lagi.

Saudara tinggal kat mana?.
Back to top Go down
View user profile
MURID
Admin


Posts: 18
Join date: 13/11/2009
Age: 29

PostSubject: Assalamualaikum   Sun Jan 16, 2011 10:46 am

1) Tiada syarat tertentu kalau nak jumpa syeikh.
2) Tak perlu appoinment pun, tapi seeloknya "hello" dulu lah sebelum mari, takut syeikh xdok dumah.

- kalau betul nak datang ziarah, mailkan di bawah ni, biar saya bagi peta sket. InsyaAllah..

syeikhmajzub@gmail.com
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
sufibersanad



Posts: 3
Join date: 18/12/2010

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Mon Jan 17, 2011 12:21 pm

Ideologi Wali wrote:
takata wrote:
lala wrote:


sanad ooo sanad , taak abis abis...

kamu percaya kepada Nur Muhammad?

NUR MUHAMMAD ADALAH MAKHLUK DAN BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA TUHAN. KALAU ADA ORANG BERKATA NUR MUHAMMAD ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TUHAN, ITU ADALAH FAHAMAN YANG SESAT LAGI MENYESATKAN.

Dalam Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith ‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah):

Hadith yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau, wahai Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab Baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah jadikan sebelum segala sesuatu nur Nabi engkau daripada NurNya, kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arash, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi, maka daripada juzu’ yang pertama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy, daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki lagi. Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian: yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah, daripada yang ketiga dijadikanNya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib” (iaitu al-Mawahib al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu).


assalamualaikum......adakah dijadikan oleh Allah akan segala isi alam ini dari NUR MUHAMMAD atau pun nur muhammad itu adalah 'mumkin' yg pertama sebelum dijadikan mumkinat yg lain.....namun mumkinat yg lain bukan dijadikan dari nur muhammad tetapi dijadikan oleh Allah dgn sifat qudrat dan iradatnya setelah semuanya di dalam ilmu Allah

mohon penjelasan

2) adakah tarekat abdullahiyah ini tidak bersanad dan apabila tidak bersanad maka dibolehkan memimpin orang lain....adakah ini tidak menjadi kekeliruan kepada orang lain
Back to top Go down
View user profile
sufibersanad



Posts: 3
Join date: 18/12/2010

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Mon Jan 17, 2011 12:28 pm

lala wrote:
takata wrote:
maaf bertanya..

1. Apakah nama tarekat saudara?
2. Dan Tarekat Saudara ada Salasilah tak?

maaf sekali lagi..

petikan dari :http://pondoktampin.blogspot.com/search?updated-max=2010-04-28T12%3A34%3A00%2B08%3A00

sanad ooo sanad , taak abis abis...


man mun: salam ustaz. tumpang bertanya. adakah sah sesuatu tarikat sufi jika tiada sanad.

al ustaz: sanad tarikat tak serupa dgn sanad hadis. sape yang kata serupa silakan bawak bukti. dalam kitab mana . mana sheikh shufi yg jadi umdah rujukan yg kata begitu. bahkan sepanjang pembacaan saya terdapatnya tarikat yg tanpa bersanad langsung. tapi masih muktabar. bahkn ada yang bersanadkn guru lain ( iaitu mendapat tarbiyah dari sheikh lain) tapi dinisbahkan tarikatnya pada silsilah sheikh yang lain dan dinisbahknnya pada tarikat yg muktabar pulak tu.

kalau nak kira sanad tarikat sufi mengikut metod sanad ilmu dirayah hadis ... ana komformkan kebanyakan sanad2 tarikat sufi hatta yg muktabar, pun kalau tak maudhu , dhoif, mun tak pun maqthu' . kalau ada org kata "Hasan basri" mengittishalknnya?. aah.. hasan bashri pun dinaqad orang. jumpa ke tidaknya dgn saidina ali . tupun khilaf . tu cmnaa..?.

kalau pada ana senang jee.. dah tau ilmu tarikat tu buah ilmu syariat. kalau dah syariatnya betul betul le tarikatnya. walaupun nampak tak bersanad. sebab ciri2 sanad tarikat tak serupa ciri sanad ilmu hadis. sanad dalm ilmu tarikat memang lah penting. tapi sifat2 sanad tu kalau tidak dilihat cara menyeluruh maka boleh jadi masalah.

ni maslah sanad ni ada ada je orang baru baca je yg nak mula cuba kaji. baca le bagi banyak2 sikit. nnti tak le nak menyentuh ilmu orang yg kita pun tak faham . ni ada satu lagi . orang yg minat kaji sanad. sampai nak baca berzanji pun kena ada brsanad . ish2. ana nak tanya le. sembahyang kita tu mana sanadnye?. puasa yg diamalkn tu mane sanad nye?. tak sah ke amalan tu?. saya dulu masa mengaji dipondok..tok guru suruh baca berzanji burdah dibaie malam selasa. tak pernah pun tau mana sanadnya. sbb dh faham tok guru kita tu sanad le tu. cukuup. oghang tetua dulu pesan.. "toksah menarah telampau" . sbb kalau telampau menarah , nanti kayu yg nak buat ulu paghang tu langsung tak tepakai.. ni maslah tarikt .. patutnya bincang le sesama ahli tarikat yg berilmu je. sbb kalau ahli tarikat tak ahli ilmu pun susah juga nak bwak bincang. serupe le juga ahli ilmu yg tak tarikat pun susah juga. tu le jadinya. ade ke sanad tarikat sama metodnya dgn sanad hadis. ish ish.. bawak2 le istighfar. ni nasihat je.


perhati2kanlah cntohnya:

SYEIKH AHMAD AT-TIJANI RA :

اذا سمعتم عنى شيأ فزنوه بميزان الشرع فما وافق فخدوه وما خالف فاتركوه
"Apabila Kamu Mendengar Apa Saja Daripadaku, Maka Timbangkanlah Ia Dengan Neraca Syari'at. Apabila Ia Bertepatan, Maka Kerjakanlah & Apabila Ia Bersalahan,Maka Tinggalkanlah." [Jawahir al-Ma'ani wa Bulugh al-Ma'ani (juz 1, hlm.95) Ali Harazim]


As salam........Lala kata sanad tarikat tak sama dgn sanad ilmu hadis atau pun ilmu2 islam yang lain........dari segi mcm mana yg tak sama tu yer?......kalau ilmu hadis pun kita kena cari sanad yang betul2 dipercayai inikan pula ilmu bathin......yg kita sendiri tidak mampu untuk melihatnya dan mengawalnya.....sedangkan syaitan selalu mendatangkan was2 di dalam hati manusia....mcm mana tu lala
Back to top Go down
View user profile
sufibersanad



Posts: 3
Join date: 18/12/2010

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Mon Jan 17, 2011 12:36 pm

Quote :
Maka di sini aku paparkan dan khabarkan secebis kisah sejarah hidup diriku bagi tatapan akan sekalian saudara-saudaraku mudah-mudahan mendapat manafaat dan faedah yang banyak dan aku berdoa dan bermohon pada ALLAH akan keampunan yang banyak dan rahmat yang luas atas diriku andainya apa yang aku nyatakan ini ada kesalahan, kekurangan dan menyimpang kepada niat yang lain selain ALLAH.

Adapun suatu masa yang ditaqdirkan ALLAH yakni pada hari khamis selepas asar pada tahun 1400 hijrah bersamaan pada tahun 1980 Masihi ketika aku sedang asyik dan mabuk berzikir dengan zikir la ila ha ilallah datanglah padaku suatu ilham daripada ALLAH Tuhan Sekalian Alam, Raja Yang Maha Agung atas segala Raja-Raja dengan mengurniakan akan diriku dengan kurniaan yang besar iaitu melantik akan diriku sebagai wakil Tuhan pada zaman ini yakni bagi kurun ke15 ini.
Allah menyaksikan atas apa yang aku perkatakan dan laknat Allah bagi orang-orang yang dusta dan berbohong.

sekiranya bermimpi mendapat ilham yang baik dan menyuruh kepada perkataan yang baik, maka kemungkinan itu memang benar dari Allah
tp sekiranya disuruh melakukan perkara yang ebrcanggah dari syariat maka kemungkinan ia datang dari syaitan

namun siapakah yang dapat mengesahkan hal ini adalah mutlak datangnya dari Allah sedangkan guru sheikh loh tidak mempunyai guru mursyid yang berantaian.



Back to top Go down
View user profile
Ideologi Wali



Posts: 10
Join date: 30/06/2010

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Mon Jan 17, 2011 2:41 pm

sufibersanad wrote:
Ideologi Wali wrote:
takata wrote:
lala wrote:


sanad ooo sanad , taak abis abis...

kamu percaya kepada Nur Muhammad?

NUR MUHAMMAD ADALAH MAKHLUK DAN BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA TUHAN. KALAU ADA ORANG BERKATA NUR MUHAMMAD ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TUHAN, ITU ADALAH FAHAMAN YANG SESAT LAGI MENYESATKAN.

Dalam Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith ‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah):

Hadith yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau, wahai Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab Baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah jadikan sebelum segala sesuatu nur Nabi engkau daripada NurNya, kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arash, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi, maka daripada juzu’ yang pertama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy, daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki lagi. Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian: yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah, daripada yang ketiga dijadikanNya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib” (iaitu al-Mawahib al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu).


assalamualaikum......adakah dijadikan oleh Allah akan segala isi alam ini dari NUR MUHAMMAD atau pun nur muhammad itu adalah 'mumkin' yg pertama sebelum dijadikan mumkinat yg lain.....namun mumkinat yg lain bukan dijadikan dari nur muhammad tetapi dijadikan oleh Allah dgn sifat qudrat dan iradatnya setelah semuanya di dalam ilmu Allah

Quote :
Baca hadis tu lah.. kalau nak faham

mohon penjelasan

2) adakah tarekat abdullahiyah ini tidak bersanad dan apabila tidak bersanad maka dibolehkan memimpin orang lain....adakah ini tidak menjadi kekeliruan kepada orang lain

Quote :
Kenapa pulak keliru.. bukankah dalam kitab hikam yg terkenal itu sendiri sudah menjelaskan 2 Golongan dalam kesufian. Yang pertama salik majzub dan kedua majzub salik. Dan kedua golongan yang dah tamat inilah yang layak jadi guru murshid dalam tarikat. Bukan yang bersanad tapi tak tamat atau wusyul. Orang keliru sebab kejahilan mereka tentang ilmu tasauf dan sebab kewujudan golongan jahil tentang pengalaman kerohanian tapi berlagak nak jadi guru tasauf dgn berlindung di balik sanad salsilah.
Back to top Go down
View user profile
Ideologi Wali



Posts: 10
Join date: 30/06/2010

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Mon Jan 17, 2011 2:59 pm

sufibersanad wrote:
lala wrote:
takata wrote:
maaf bertanya..

1. Apakah nama tarekat saudara?
2. Dan Tarekat Saudara ada Salasilah tak?

maaf sekali lagi..

petikan dari :http://pondoktampin.blogspot.com/search?updated-max=2010-04-28T12%3A34%3A00%2B08%3A00

sanad ooo sanad , taak abis abis...


man mun: salam ustaz. tumpang bertanya. adakah sah sesuatu tarikat sufi jika tiada sanad.

al ustaz: sanad tarikat tak serupa dgn sanad hadis. sape yang kata serupa silakan bawak bukti. dalam kitab mana . mana sheikh shufi yg jadi umdah rujukan yg kata begitu. bahkan sepanjang pembacaan saya terdapatnya tarikat yg tanpa bersanad langsung. tapi masih muktabar. bahkn ada yang bersanadkn guru lain ( iaitu mendapat tarbiyah dari sheikh lain) tapi dinisbahkan tarikatnya pada silsilah sheikh yang lain dan dinisbahknnya pada tarikat yg muktabar pulak tu.

kalau nak kira sanad tarikat sufi mengikut metod sanad ilmu dirayah hadis ... ana komformkan kebanyakan sanad2 tarikat sufi hatta yg muktabar, pun kalau tak maudhu , dhoif, mun tak pun maqthu' . kalau ada org kata "Hasan basri" mengittishalknnya?. aah.. hasan bashri pun dinaqad orang. jumpa ke tidaknya dgn saidina ali . tupun khilaf . tu cmnaa..?.

kalau pada ana senang jee.. dah tau ilmu tarikat tu buah ilmu syariat. kalau dah syariatnya betul betul le tarikatnya. walaupun nampak tak bersanad. sebab ciri2 sanad tarikat tak serupa ciri sanad ilmu hadis. sanad dalm ilmu tarikat memang lah penting. tapi sifat2 sanad tu kalau tidak dilihat cara menyeluruh maka boleh jadi masalah.

ni maslah sanad ni ada ada je orang baru baca je yg nak mula cuba kaji. baca le bagi banyak2 sikit. nnti tak le nak menyentuh ilmu orang yg kita pun tak faham . ni ada satu lagi . orang yg minat kaji sanad. sampai nak baca berzanji pun kena ada brsanad . ish2. ana nak tanya le. sembahyang kita tu mana sanadnye?. puasa yg diamalkn tu mane sanad nye?. tak sah ke amalan tu?. saya dulu masa mengaji dipondok..tok guru suruh baca berzanji burdah dibaie malam selasa. tak pernah pun tau mana sanadnya. sbb dh faham tok guru kita tu sanad le tu. cukuup. oghang tetua dulu pesan.. "toksah menarah telampau" . sbb kalau telampau menarah , nanti kayu yg nak buat ulu paghang tu langsung tak tepakai.. ni maslah tarikt .. patutnya bincang le sesama ahli tarikat yg berilmu je. sbb kalau ahli tarikat tak ahli ilmu pun susah juga nak bwak bincang. serupe le juga ahli ilmu yg tak tarikat pun susah juga. tu le jadinya. ade ke sanad tarikat sama metodnya dgn sanad hadis. ish ish.. bawak2 le istighfar. ni nasihat je.


perhati2kanlah cntohnya:

SYEIKH AHMAD AT-TIJANI RA :

اذا سمعتم عنى شيأ فزنوه بميزان الشرع فما وافق فخدوه وما خالف فاتركوه
"Apabila Kamu Mendengar Apa Saja Daripadaku, Maka Timbangkanlah Ia Dengan Neraca Syari'at. Apabila Ia Bertepatan, Maka Kerjakanlah & Apabila Ia Bersalahan,Maka Tinggalkanlah." [Jawahir al-Ma'ani wa Bulugh al-Ma'ani (juz 1, hlm.95) Ali Harazim]


As salam........Lala kata sanad tarikat tak sama dgn sanad ilmu hadis atau pun ilmu2 islam yang lain........dari segi mcm mana yg tak sama tu yer?......kalau ilmu hadis pun kita kena cari sanad yang betul2 dipercayai inikan pula ilmu bathin......yg kita sendiri tidak mampu untuk melihatnya dan mengawalnya.....sedangkan syaitan selalu mendatangkan was2 di dalam hati manusia....mcm mana tu lala

Quote :
Ilmu hadis, ilmu fekah dan tajwid tu ilmu zahir. Ilmu bathin didapati drp pengalaman kerohanian seseorang apabila mempraktikkan ilmu zahir, ini adalah ilmu kurniaan Tuhan. Orang hanya ambil sanad ilmu atau tarikat tak semestinya orang yg mendapat kurniaan beramal dengan ilmu ini. Tujuan guna kupasan ilmu bathin drp ulamak muktabar utk mjadikan pagar kebenaran pengalaman yg ditempuh oleh pengamal ilmu tasauf.

Kalau pendakian mereka muafakat dengan Al Quran dan Hadis spt yg ditempuh oleh ulamak muktabar lain, tak guna kitab rujukanpun tak apa. Sebab mereka sendiri boleh mceritakan pengalaman pendakian mereka w/p tak rujuk kitab.. orang yg nak mengesahkan kebenaran kata-kata atau amalan golongan wusyul ini boleh rujuk kitab ulamak terdahulu samaada muafakat atau tidak. Kalau perjalanan kerohanian mereka benar ia tak akan bercanggah, lainlah kalau tak benar.

ILMU TASAUF ILMU RASA BUKAN ILMU BACA
Back to top Go down
View user profile
Ideologi Wali



Posts: 10
Join date: 30/06/2010

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Mon Jan 17, 2011 3:10 pm

sufibersanad wrote:
Quote :
Maka di sini aku paparkan dan khabarkan secebis kisah sejarah hidup diriku bagi tatapan akan sekalian saudara-saudaraku mudah-mudahan mendapat manafaat dan faedah yang banyak dan aku berdoa dan bermohon pada ALLAH akan keampunan yang banyak dan rahmat yang luas atas diriku andainya apa yang aku nyatakan ini ada kesalahan, kekurangan dan menyimpang kepada niat yang lain selain ALLAH.

Adapun suatu masa yang ditaqdirkan ALLAH yakni pada hari khamis selepas asar pada tahun 1400 hijrah bersamaan pada tahun 1980 Masihi ketika aku sedang asyik dan mabuk berzikir dengan zikir la ila ha ilallah datanglah padaku suatu ilham daripada ALLAH Tuhan Sekalian Alam, Raja Yang Maha Agung atas segala Raja-Raja dengan mengurniakan akan diriku dengan kurniaan yang besar iaitu melantik akan diriku sebagai wakil Tuhan pada zaman ini yakni bagi kurun ke15 ini.
Allah menyaksikan atas apa yang aku perkatakan dan laknat Allah bagi orang-orang yang dusta dan berbohong.

sekiranya bermimpi mendapat ilham yang baik dan menyuruh kepada perkataan yang baik, maka kemungkinan itu memang benar dari Allah
tp sekiranya disuruh melakukan perkara yang ebrcanggah dari syariat maka kemungkinan ia datang dari syaitan

Quote :
Apa yang bercanggah drp syariat yang dibuat oleh Syeikh Abdullah?

namun siapakah yang dapat mengesahkan hal ini adalah mutlak datangnya dari Allah sedangkan guru sheikh loh tidak mempunyai guru mursyid yang berantaian.

Quote :
Selidiklah kitab tasauf muktabar dan baca pengalaman2 yg ditempuh mereka. Ada atau tidak percanggahan pengamalan kerohanian yang bercanggah dengan golongan tersebut. Golongan yg mengaku guru murshid berantaian tapi tak wusyul sendiri belum tentu terbaca pengalaman kerohanian yg ditempuh oleh ulamak muktabar zaman silam.

Kalau guru berantaian itu tak wusyul macam mana beliau nak mengesahkan kebenaran seseorang yg telah wusyul sedangkan mereka sendiri jahil dalam pengalaman kerohanian, dah la jahil dalam pengalaman kerohanian, ilmu kerohanian yg ditulis oleh ulamak muktabarpun jahil jugak. Golongan yg berlagak guru tapi tak wusyul dan jatuhkan hukuman kpd glg wusyul bukannya guru tapi perosak ilmu golongan khawas.

Back to top Go down
View user profile
MURID
Admin


Posts: 18
Join date: 13/11/2009
Age: 29

PostSubject: Assalamualaikum...   Mon Jan 17, 2011 9:26 pm

Boleh InsyaAllah. Dalam tarekat kami ada terkandung ayat al-quran yang sudah biasa kita dengar, istighfar, dan selawat nabi.
Tapi afdhal mari jumpa lah kalau saudara dhaif ada kelapangan. Boleh jugak nak cuba hafal2 dulu, kemudian mari jumpa syeikh, beritahu syeikh ada amal wirid syeikh, sambil2 hafal.

Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
MURID
Admin


Posts: 18
Join date: 13/11/2009
Age: 29

PostSubject: Assalamualaikum... Sufibersanad   Mon Jan 17, 2011 11:05 pm

Saudara sufibersanad, kalau saudara teliti kitab2 Tasauf, saudara dapat membuat 2 kesimpulan tentang sanad tarekat ini:
1). Ada yang memberati tentang tarekat bersanad seperti yang saudara sedia maklum.
2) Ada yang tidak memberati tentang bab sanad tarekat. Sebagai contoh, saudara boleh semak kitab hikam syeikh Athoillah, Syeikh Qadir-Al Jailani, Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ada atau tidak bincang tentang sanad tarekat, (yang rantaiannya kalau di baca sampai kepada Rasulullah.)

Dan seperti yang saudara sufi bersanad maklum kami tidak menolak tarekat bersanad, itu molek, namun apabila Allah Taala ingin menyampaikan kepadaNya sesiapa yang di kehendakiNya, dengan jalanNya, sekalipun bukan dengan jalan zikir, itu hakNya. Zikir hanyalah salah satu jalan yang biasa kita dengar jalan orang menuju Allah. Namun seperti yang kita maklum di dalam Hikam ada menyatakan, jalan menuju Allah sebanyak-banyak nafas manusia. Kalaulah seseorang, Allah Taala jadikan boleh jadi dia sampai padaNya hanya dengan baca Al-Quran ataupun dengan berselawat, takkan saudara nak minta juga sanad dengan orang tersebut, sanad Al-Quran dan sanad selawat.

Dan ketahuilah saudara sufibersanad(sb), Allah Taala memberikan ilmuNya kepada kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bukan mengikut citarasa manusia. Bahkan mengikut kehendakNya bukan kehendak kita. Banyak kisah yang saudara boleh ambil iktibar, sebagai contoh cuba saudara sb baca kisah Syeikh Ali Khawas, guru kepada Syeikh Abdul Wahab Syakrani. Cuba saudara sb cuba2 cari dan baca kisahnya.

Dan ketahuilah saudara sb, apabila Allah mengkehendaki seseorang menjadi seorang yang soleh dan mulia di sisiNya, janganlah kita hambanya yang biasa, membatasnya dengan sanad dan ilmu. Takkan kita semua kena bersanad blake dari segi wirid dan ilmu, barulah kita boleh jadi orang soleh dan orang mulia di sisiNya? Tarekat bersanad hanyalah asbab, tarekat tiada sanad pun asbab, Amal juga asbab, ilmu pun asbab, asalkan ianya bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah, adakah perlu lagi di"confirmn"kan dengan sanad?

Ketahuilah juga saudara sb, yang penting apabila kita mengambil talqin zikir yang khusus untuk jalan menuju Allah, yang penting di sini, guru itu telah sampai kepada Allah. Cuba kita perhati apa yang di kata di dalam kitab Sirrul Asrar karangan syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.



Cuba kita amati, apabila Syeikh Abdul Qadir menyentuh bab zikir, ada tak beliau cuba tekankan tentang sanad tarekat. Ini adalah petikan dari Sirrul Asrar.





Kesimpulan: Kami tidak menolak tarekat bersanad, kalau saudara sb dah beramal dengan tarekat bersanad itu teruskan, dan sanad kami ialah Al-Quran dan Sunnah. Dan yang paling penting apabila saudara melihat seseorang yang mengamalkan wirid2 biasa, yang tidak bercanggah dengan Al-quran dan Sunnah, bahkan ianya ayat Al-Quran. Dan selawat dan istighfar biasa yang biasa ada dalam hadis Rasulullah, jangan cepat dahulu mengatakan HARAM beramal, sebab tiada sanad. Benar atau tidak seseorang guru, bukannya bergantung kepada sanad, ini yang sahih. Kerana apabila kita berani mengatakan guru yang benar ialah yang menpunyai sanad dan salasilah, maka apa yang akan terjadi pada wali majzub yang terdahulu pada zaman kita ini? Yang Allah tarik mereka dengan hidayah yang mengejut. Yang asal orang maksiat, namun last2 Tuhan pilih jadi orang Dia. Adakah mereka semuanya palsu di sebabkan mereka tiada sanad? Adakah hidayah mereka semua palsu?

Mudah-mudahan kita tidak di golongkan orang yang sombong untuk berguru@membenarkan dengan seorang yang hanya tukang kasut entah dari mana sanad dan salasilah ilmunya, tapi dia ahli Allah. Itulah contoh tauladan dari kisah Syeikh Ali Khawas dengan Syeikh Abdul Wahab Sya'rani.

Wallahualam..
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
nikahmad



Posts: 2
Join date: 22/10/2011
Age: 47
Location: kuala terengganu

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Sat Oct 22, 2011 8:40 am

AsSalam,

Saya nik ahmad, saya dah ambil talkin ALLAH dgn syeik , sempat ikuti zikir dengan syeik selama 4 minggu, dan tak dapat ikuti zikir 3 minggu terakir ini kerana terpaksa bertugas di kl pada hari jumaat.

Nak bertanya jadual syeikh, untuk hari sabtu dan ahad. Sebabnya kalau saya bertugas hari jumaat saya akan menggantikannya pada hari sabtu atau ahad, harap maklum.
Back to top Go down
View user profile
MURID
Admin


Posts: 18
Join date: 13/11/2009
Age: 29

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Sun Oct 30, 2011 7:21 am

Assalamualaikum saudara Nik Ahmad..

Setakat ini, beginilah jadual syeikh :


Kelantan = Ahad malam Isnin selepas maghrib, majlis zikir. Selepas Isyak, baca kitab.

Kuala Terengganu, Surau Petai Bubus= Khamis malam Jumaat selepas Maghrib, majlis zikir .

Kemaman, Meraga Beris=Selasa malam Rabu selepas Maghrib, majlis zikir. Selepas Isyak, baca kitab.

Melaka = Sebulan sekali InsyaAllah, tarikh bergantung pada keadaan.

Kuala Terengganu, Surau Petai Bubus= Jumaat selepas subuh, majlis zikir. Pukul 0900-1000 baca kitab.
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
nikahmad



Posts: 2
Join date: 22/10/2011
Age: 47
Location: kuala terengganu

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Sun Oct 30, 2011 4:37 pm

WaalaikumusSalam, terima kasih
Back to top Go down
View user profile
 

Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.

View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sufimas Forum ::  :: -