Sufimas Forum

Bincang tentang Tasauf, dan Sufi.
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

Share | 
 

 Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
MURID
Admin


Posts : 18
Join date : 13/11/2009
Age : 32

PostSubject: Assalamualaikum...   Mon Jan 17, 2011 9:26 pm

Boleh InsyaAllah. Dalam tarekat kami ada terkandung ayat al-quran yang sudah biasa kita dengar, istighfar, dan selawat nabi.
Tapi afdhal mari jumpa lah kalau saudara dhaif ada kelapangan. Boleh jugak nak cuba hafal2 dulu, kemudian mari jumpa syeikh, beritahu syeikh ada amal wirid syeikh, sambil2 hafal.

Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
MURID
Admin


Posts : 18
Join date : 13/11/2009
Age : 32

PostSubject: Assalamualaikum... Sufibersanad   Mon Jan 17, 2011 11:05 pm

Saudara sufibersanad, kalau saudara teliti kitab2 Tasauf, saudara dapat membuat 2 kesimpulan tentang sanad tarekat ini:
1). Ada yang memberati tentang tarekat bersanad seperti yang saudara sedia maklum.
2) Ada yang tidak memberati tentang bab sanad tarekat. Sebagai contoh, saudara boleh semak kitab hikam syeikh Athoillah, Syeikh Qadir-Al Jailani, Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ada atau tidak bincang tentang sanad tarekat, (yang rantaiannya kalau di baca sampai kepada Rasulullah.)

Dan seperti yang saudara sufi bersanad maklum kami tidak menolak tarekat bersanad, itu molek, namun apabila Allah Taala ingin menyampaikan kepadaNya sesiapa yang di kehendakiNya, dengan jalanNya, sekalipun bukan dengan jalan zikir, itu hakNya. Zikir hanyalah salah satu jalan yang biasa kita dengar jalan orang menuju Allah. Namun seperti yang kita maklum di dalam Hikam ada menyatakan, jalan menuju Allah sebanyak-banyak nafas manusia. Kalaulah seseorang, Allah Taala jadikan boleh jadi dia sampai padaNya hanya dengan baca Al-Quran ataupun dengan berselawat, takkan saudara nak minta juga sanad dengan orang tersebut, sanad Al-Quran dan sanad selawat.

Dan ketahuilah saudara sufibersanad(sb), Allah Taala memberikan ilmuNya kepada kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bukan mengikut citarasa manusia. Bahkan mengikut kehendakNya bukan kehendak kita. Banyak kisah yang saudara boleh ambil iktibar, sebagai contoh cuba saudara sb baca kisah Syeikh Ali Khawas, guru kepada Syeikh Abdul Wahab Syakrani. Cuba saudara sb cuba2 cari dan baca kisahnya.

Dan ketahuilah saudara sb, apabila Allah mengkehendaki seseorang menjadi seorang yang soleh dan mulia di sisiNya, janganlah kita hambanya yang biasa, membatasnya dengan sanad dan ilmu. Takkan kita semua kena bersanad blake dari segi wirid dan ilmu, barulah kita boleh jadi orang soleh dan orang mulia di sisiNya? Tarekat bersanad hanyalah asbab, tarekat tiada sanad pun asbab, Amal juga asbab, ilmu pun asbab, asalkan ianya bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah, adakah perlu lagi di"confirmn"kan dengan sanad?

Ketahuilah juga saudara sb, yang penting apabila kita mengambil talqin zikir yang khusus untuk jalan menuju Allah, yang penting di sini, guru itu telah sampai kepada Allah. Cuba kita perhati apa yang di kata di dalam kitab Sirrul Asrar karangan syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.



Cuba kita amati, apabila Syeikh Abdul Qadir menyentuh bab zikir, ada tak beliau cuba tekankan tentang sanad tarekat. Ini adalah petikan dari Sirrul Asrar.





Kesimpulan: Kami tidak menolak tarekat bersanad, kalau saudara sb dah beramal dengan tarekat bersanad itu teruskan, dan sanad kami ialah Al-Quran dan Sunnah. Dan yang paling penting apabila saudara melihat seseorang yang mengamalkan wirid2 biasa, yang tidak bercanggah dengan Al-quran dan Sunnah, bahkan ianya ayat Al-Quran. Dan selawat dan istighfar biasa yang biasa ada dalam hadis Rasulullah, jangan cepat dahulu mengatakan HARAM beramal, sebab tiada sanad. Benar atau tidak seseorang guru, bukannya bergantung kepada sanad, ini yang sahih. Kerana apabila kita berani mengatakan guru yang benar ialah yang menpunyai sanad dan salasilah, maka apa yang akan terjadi pada wali majzub yang terdahulu pada zaman kita ini? Yang Allah tarik mereka dengan hidayah yang mengejut. Yang asal orang maksiat, namun last2 Tuhan pilih jadi orang Dia. Adakah mereka semuanya palsu di sebabkan mereka tiada sanad? Adakah hidayah mereka semua palsu?

Mudah-mudahan kita tidak di golongkan orang yang sombong untuk berguru@membenarkan dengan seorang yang hanya tukang kasut entah dari mana sanad dan salasilah ilmunya, tapi dia ahli Allah. Itulah contoh tauladan dari kisah Syeikh Ali Khawas dengan Syeikh Abdul Wahab Sya'rani.

Wallahualam..
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
nikahmad



Posts : 2
Join date : 22/10/2011
Age : 49
Location : kuala terengganu

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Sat Oct 22, 2011 9:40 am

AsSalam,

Saya nik ahmad, saya dah ambil talkin ALLAH dgn syeik , sempat ikuti zikir dengan syeik selama 4 minggu, dan tak dapat ikuti zikir 3 minggu terakir ini kerana terpaksa bertugas di kl pada hari jumaat.

Nak bertanya jadual syeikh, untuk hari sabtu dan ahad. Sebabnya kalau saya bertugas hari jumaat saya akan menggantikannya pada hari sabtu atau ahad, harap maklum.
Back to top Go down
View user profile
MURID
Admin


Posts : 18
Join date : 13/11/2009
Age : 32

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Sun Oct 30, 2011 8:21 am

Assalamualaikum saudara Nik Ahmad..

Setakat ini, beginilah jadual syeikh :


Kelantan = Ahad malam Isnin selepas maghrib, majlis zikir. Selepas Isyak, baca kitab.

Kuala Terengganu, Surau Petai Bubus= Khamis malam Jumaat selepas Maghrib, majlis zikir .

Kemaman, Meraga Beris=Selasa malam Rabu selepas Maghrib, majlis zikir. Selepas Isyak, baca kitab.

Melaka = Sebulan sekali InsyaAllah, tarikh bergantung pada keadaan.

Kuala Terengganu, Surau Petai Bubus= Jumaat selepas subuh, majlis zikir. Pukul 0900-1000 baca kitab.
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
nikahmad



Posts : 2
Join date : 22/10/2011
Age : 49
Location : kuala terengganu

PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Sun Oct 30, 2011 5:37 pm

WaalaikumusSalam, terima kasih
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.   Today at 10:14 pm

Back to top Go down
 
Syeikh Abdullah Al-Majzub, Wakil Tuhan 1400 Hijrah.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sufimas Forum :: SYARIAT DAN HAKIKAT :: TASAUF-
Jump to: