Sufimas Forum

Bincang tentang Tasauf, dan Sufi.
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21
Share | 
 

 KITAB HAKIKAT INSAN MAD LAKSAMANA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MURID
Admin


Posts: 18
Join date: 13/11/2009
Age: 29

PostSubject: KITAB HAKIKAT INSAN MAD LAKSAMANA   Sat Oct 16, 2010 10:25 am


Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, dengan izin dan pertolongan Allah, posting tentang kitab “hakikat insan”, dapat juga disiapkan. Kitab yang di maksudkan di sini ialah kitab hakikat insan, karangan Haji Ahmad Laksamana bin Omar. Kitab ini sebenarnya sudah lama menjadi isu hangat, ada juga setengah daripadanya yang mungkin kekurangan ilmu dan bimbingan, membenarkan kitab ini. Kononnya kitab ini menpunyai maksud terlalu dalam dan orang yang hendak membaca dan memahami kitab ini, perlulah menpunyai ilmu Tasauf yang tinggi dan menpunyai hati yang bersih barulah akan mendapati bahawa kitab ini kitab Tasauf yang benar. Padahal ternyata kitab ini kitab ajaran sesat. Kitab pemfitnah kaum sufi dan ilmu Tasauf.
Kata guru kami Syeikh Abdullah Al- Majzub:
. “ Ajaran yang terkandung di dalam kitab ini adalah sesat, barangsiapa beramal dan berpegang dengan kitab ini, boleh membawa kepada kufur dan sesat”. – Semoga Allah menjauhkan kita semua daripadanya.

Bukan niat kami untuk memburukkan identiti penulis, dan jikalau penulis kitab ini sudahpun kembali ke pangkal jalan dan bertaubat, kami tidak mengetahuinya. Apa yang menjadi masalah di sini, masih ada segelintir umat Islam di Negara kita, khususnya di negeri Terengganu ini masih mengguna pakai kitab ini sebagai pegangan dan rujukan di dalam bidang Tasauf. Sekali lagi kami mengingatkan bahawa kitab ini adalah sesat. Turut juga di fatwakan sesat oleh JAKIM.

Untuk golongan yang masih lagi berpegang pada kitab ini, cubalah saudara selidiki, bab yang kami akan bawakan ini, adakah ianya juga ada di bincangkan di dalam kitab Tasauf dan Sufi yang muktabar? Adah ajaran dalam kitab ini selari dengan akidah Islam dan Sunnah Rasulullah? Adakah ajaran ini ada termuat juga di dalam kitab karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani -ulama Tasauf ikutan, Imam Al-Ghazali- Hujjatul Islam, Syeikh Athoillah-penulis kitab Hikam, dan banyak lagi ulama Tasauf yang muktabar dan benar, yang kitabnya kita boleh jadikan rujukan dalam bidang Tasauf. Adakah saudara menjumpainya apa yang di bincangkan di dalam kitab ini (hakikat insan), yang akan kami tampilkan ini, ada juga di bincangkan di dalam kitab mereka?

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.
-(HR.Muslim)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

Untuk golongan yang baru hendak mengenali Tasauf ataupun golongan yang memusuhi Tasauf, janganlah kamu mengambil kitab ini sebagai modal untuk mempelajari dan memfitnah ilmu Tasauf. Kerana kitab ini bukanlah kitab Tasauf. Kitab ini hanyalah kitab nukil. Kitab sesat yang bukan dari ajaran Islam, bukan dari ilmu Tasauf.

Kami tampilkan sedikit tentang ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam kitab ini, agar kita boleh mengambil iktibar, dan boleh menjadi satu bukti bahawa isi kandungan di dalam kitab ini adalah sesat. Kami hanya mengambil sedikit isi kandungan kitab ini, di mana yang boleh di lihat dengan jelas dan ketara kesesatan kitab ini. Wallahualam.



Sedutan dari kitab hakikat insan mad laksamana mukasurat 304-324.

Lantaran untuk memakrifatkan diri Allah s.w.t maka Allah pula telah menyatakan dalam firmanNya:

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

*Sesungguhnya para ulama Tasauf telah bersepakat menyatakan bahawa Ayat-Ayat Surah Al-Ikhlas diatas adalah ayat-ayat makrifat yang meliputi pada membincangkan proses Tajali diri Allah s.w.t pada peringkat akidah sampailah kea lam Ihsan. Hal ini telahpun kita bincangkan di dalam bab yang lalu.
Soalnya , di dalam empat rangkap ayat makrifat yang terkandung di dalam surah Al-Ikhlas itu, kenapa Allah s.w.t telah menekankan dengan seriusnya, Firmannya:

“-Tidak beranak dan tidak di peranakkan.”

Di dalam hal ini sudah tentu ianya menpunyai sesuatu hikmat rahsia yang harus di terokai oleh manusia yang hendak memakrifatkan dirinya dengan Allah.

Bila kita memperkatakan soal beranak dan diperanakkan, maka dengan segera kita dapat
memahami bahawa ianya tidak mungkin akan membincangkan soal bulan, soal bintang, soal berniaga, soal baju dan sebagainya tetapi dengan secara automatik akan membincangkan soal kemaluan perempuan (burit) dan kemaluan lelaki (pelir) dan kenapa pula soal burit (faraj) dan soal pelir (zakar) diperbincangkan dalam pengajian Makrifat dengan Allah, adalah disebabkan kerana Faraj dan Zakar mempunyai ciri-ciri makrifat imu makrifat tinggi.
Sesungguhnya tugas zakar adalah memakrifatkan dirinya dengan faraj dan tugas faraj pula memakrifatkan dirinya dengan zakar dan perlu ditegaskan di sini tujuan pertama
zakar harus memakrifatkan dirinya dengan faraj adalah bertujuan untuk
menyampaikan rahsia hakikat diri manusia yang terkandung di dalam mani kepada faraj
dan manakala tugas faraj pula harus menerima rahsia hakikat diri manusia untuk
ditanggung oleh rahim yang berakhir dengan terbentuknya diri seseorang manusia itu, maka sebab itulah Faraj harus memakrifatkan dirinya dengan Zakar.
Begitulah dengan manusia, di mana seseorang manusia itu terpaksa memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. bagi tujuan untuk menyerahkan amanah diri rahsia Allah
Tuhan semesta alam.
Di dalam membincangkan soal makrifatkannya zakar dengan faraj dan makrifatkan dengan zakar banyak perkara-perkara anih yang harus digali oleh kita.
Beberapa soalan terikat harus dijawab dan dikaji oleh kita bersama di samping kita buat perbandingan dengan diri kita di dalam konteks makrifat dengan Allah s-w.t¬
(1). Bagaimana zakar boleh tahu bila saja diperkatakan soal faraj. Lantas iapun
bangkit segar (keras) semacam mencari faraj yang diperkatakan oleh kita tadi. Dan begitu juga halnya dengan faraj.
(2). Bagaimana pula zakar dapat mendengar apabila disebut nama faraj iapun bangun (keras) jadi tentu zakar mendengar. Ianya mengguna teliriga mana?
(3). Bagaimana pula zakar dapat melihat, sedangkan ianya tidak mempunyai mata. Ianya dapat melihat Faraj walaupun diselubungi dan dilindungi, maka begitu pula dengan faraj.

(4). Bagaimana dan siapakah yang mengajar Zakar dan Faraj mengenali di antara satu dengan lain dan kenapa pula seseorang yang hendak melangsungkan
perkahwinan tidak sekali-kali di ajar tentang cara-cara mengadakan hubungan sex dan kenapa setiap ibu bapa yang mengahwini anaknya menyakini anak-anak mereka sudahpun pandai tentang sex. Dari mana dan siapa yang mengajar anak itu tentang sex?
(5). Apakah ilmu yang dipakai oleh zakar dan faraj di mana ianya dapat mengetahui makrifatkan tanpa belajar dan di ajar.
(6). Dan banyak lagi soalan yang harus disoal oleh kita, untuk kita mengambilnya sebagai iktibar yang balk dalam arah tujuan kita mengenali Allah s.w.t.

(7). Sesungguhnya zakar dan faraj benar-benar makrifat di antara satu dengan lain
sehingga disebut saja nama salah satu di antara mereka lantas masing-masing menunjukkan satu reaksi sepontan yang tak payah di arah di suruh-suruh oleh sesiapa dengan bahasa yang kasar, zakar memang mengenali benar faraj tetapi bagi zakar jika
disebut nama lain nescaya ianya tidak akan menunjukkan sebarang reaksi, kenapa dan mengapa?
Jika bagi zakar matlamat makrifatnya dengan faraj dan manusia pula menpunyai matlamat makrifat dengan diri Allah, maka knapa pula kita bila saja di sebut nama Allah walaupun beberapa kali, tubuh kita, jiwa kita, hati kita tidak menunjukkan sebarang reaksi spontan tidak seperti zakar terhadap faraj.











*Salah tafsir tentang Ayat Al-Quran bermula disini.
Tiada Ulama Tasauf yang mentafsir dan bermaksud seperti pengarang, tentang ayat ini.
Back to top Go down
View user profile http://sufimas.forumotion.net
m_khalid



Posts: 1
Join date: 24/10/2013

PostSubject: seperti topik di atas   Thu Oct 24, 2013 10:42 am

maafkan saya tuan.
saya org baru disini. salam berkenalan. saya amat tetarik dengan topik diatas. hal mengenai kitab hakikat insan haji laksamana. pada saya lah.. sebenarnya kita x boleh hukum secara total dengan tuan punya kitab sebegitu. siapa kita hendak menghukum orang sebegitu rupa. adakah kita mempunyai ilmu yg lengkap dan mendalam untuk menghukum orang. pada saya ilmu tasawuf adalah ilmu tauhid tertinggi sekali dalam pengajian islam yang kadang kadang melangkaui akal fikiran kita sendiri. bayangkan lah tauhid ini adalah perkara yang luar dari jangkauaan akal. hanya tauhidlah yang memandu .

kalau pihak tuan mengatakan sesat org tua nih. bagaimanakah dengan kesesatan orang syariat pula. kesesatan orang syariat lebih jahat dari kesesatan org tua tu. bagaimana.. contoh hukum zina. malaysia bayar denda je. kan jauh besalahan dengan hukum Allah. lagi seperkara satu kesesatan ustaz zaman sekarang. adakah nabi kita mengambil upah selepas mengajar. nabi bagi ajaran agama free ja. xdak pun minta duit. orang sekarang pergh.. riban2 mintanya.. jadi mana keikhlasan dan mujahadah islam kita nie..

maafkan saya saudara penulis. bukan saya nak menyakitkan hati penulis atau orang lain tapi saya bagi contoh ikhtibar supaya kita boleh bertimbang mana satu yang hak dan mana satu yang bathil. supaya selamat perjalanan kita ke sana... lagi pun bukan apa... ilmu ALLAH nih luas. jauh luas dari persepsi kita. jadi terpulanglah.. tepuk dada tanya tauhid.. kita x tau crita sebenar haji tua tu. kita pun x tanya hbis-habis. dek kerana kita tahu sedikit. habis sepanjang hayat kita menghukum.. maafkan saya sekadar bagi pandangan. terima kasih. maaf ya.. k.Very Happy
Back to top Go down
View user profile
 

KITAB HAKIKAT INSAN MAD LAKSAMANA

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sufimas Forum ::  :: -